BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
GadisBeriMerah

Hidup adalah indah.Segala ceritera pahit yang kita alami ialah anugerah terindah apabila kita melihat sesuatu perkara itu secara tersirat.Keep your mind wide open.

biodata

My photo
Negeri Sembilan, Malaysia
Existence of my blog is not just to share a bit of the diary of my life...but sometimes it's probably about my opinion,synonym to my imaginations.

Sunday, February 16, 2014

Natijah Tidak Terperi.

15.2.2014.
Pejam celik pejam celik form 5 dah aku. Cepatnye masa berlalu… Aku menduduki spm tahun ni. Tapi makin waktu berjalan makin aku bermain. Ke manakah perginya aku yang dulu? Adakah terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan sehingga aku berubah sedemikian rupa?

Allahurabbi…

Benar…Banyak dosa yang telah aku lakukan. Allah3. Natijahnya, aku sering lalai serta melakukan pelbagai khilaf. Aku sedar akan kesilapan aku. Tapi makin hari makin aku hanyut dengan perasaan aku. Perasaan ape kah ini?
Ya Allah…..

Kedua-dua ibu bapaku bersusah payah memberikan aku yang terbaik ; menyediakan bilik yang kondusif untuk aku agar aku selesa untuk mengulang kaji, mereka belikan skuter untuk aku agar mudah pergi ke kelas tambahan dan lain2 lagi. Aku takut aku hampakan mereka.

Sudah 2 kali teacher English slow talk dgn aku suruh aku bangkit. Dia seolah2 memarahi aku sebab pmr dulu bi aku B. dia kcewa dengan aku and suruh aku tingkatkan lagi usaha untuk spm ini. She told me to be more aggressive afterwards and take as a revenge this spm. I cried badly. Umi ingatkan aku akan kekecewaan pmr dlu. Allah. Sungguh. Aku kecewa waktu itu. Menangis berhari2. Aku dah berjanji pada diri untuk bersungguh2  pd spm kali ini. Tpi di mana effort aku? Aku semakin hanyut!!!

2 bulan ini terbuang begitu sahaja. Aku leka! Allah….. begitu banyak kelemahan aku. Mengapa aku menjadi begini ya rabb… mengapa!!!


Pada bulan 11 yang lalu ade seorang hamba Allah;senior aku bertegur sapa dengan aku di alam maya. Aku fikir dia hanya bertanya khabar. Ye la agak jauh juga beza kami. Dia penuntut ipta sekarang. So, aku buat enteng shaja pd dia. terputus hubungan a few days. Tidak lama kemudian dia muncul kembali. Pada aku dia ni happy-go-lucky. Aku layaaann je la. Aku fikir dia ex-senior aku kenal dia sebab kami pernah bekerja di bawah satu organisasi. Lama-kelamaan dia dah nak naik semester baru makanya kami bertukar nombor telefon. Amboi… my number phone limited edition uollss… untung la dia. aku bagi nombor aku kat dia pun sebab aku fikir aku kenal dia ckit la. Aku tak pernah on the phone with other boys jika tiada urusan. Atau lebih tepat aku tak pernah kol lelaki. Classmates lelaki slalu kol itu pun kalau ade urusan. Entah. Aku jaga batasankah? Tidak tahu. Yang pasti aku segan nak bercakap di telefon.  Tapi aku tidak tahu mengapa. Bisikan syaitan mungkin. Si senior ini menelefon aku buat pertama kalinya. Aku pun angkat. Tangan terketar2 ni. Tak biasa lah katekan.. sejak tu aku makin hanyut. Dia tak selalu kol aku malah sejak aku dah naik sekolah ni pun rasanya pernah skali je otp. Lepas tu takde. Bagiku,Aku tak jaga batasan pergaulan aku. Akibatnya perasaan aku terusik sedikit. Tahniah syaitan. Sikap dia tuuu… allah. Tapi aku ni kadang2 kaki stalker. Aku check wall dia. haa… aku mcam anggap dia ni player. Eh? Entahlah. Mungkin dia memang suka berkawan dengan ramai perempuan. Sehinggalah aku jumpa ******* dia. mcam2 aku jumpa sehinggalah kini. Itu sdikit sbyk affected mood aku. Aku suka dia ke? Hampir je(fizikal;bdn tough)….. Alhamdulillah stalk dia awal2. Pujuk hati jangan terpedaya sewenang2 nya.

However, perasaan sedih tu tetap ade. Itu yang aku tidak mengerti.
Masa aku berperang dengan perasaan aku tuu aku jadi diam di sekolah. Aku selalu dengar lagu sedih. Tapi aku sedar dengar lagu lagho hanya buat perasaan kita makin skit, terseksa jiwa raga. Tiba2 aku terjumpa lagu rintihan cinta by andri baihaqi. Aku pujuk hati aku dgn pelbagai cara.
Inilah akibat tak menjaga batas pergaulan. Parah. Suara sang adam itu mampu menggetarkan jiwa hawa. Allahurabbi… banyaknya dosa aku.

Aku tersentak.

Bila semakin hanyut ini aku teringat semula teman aku di sbp tu.. baru nak ingat dia kan?
Aku tatap 2 hadiah pemberian dia. lalu aku terimbau saat dia nak beri hadiah tu.

Bulan jun 2013.
“qila… masa jalan2 kat cherating aku memang buat derk tak nak beli pape. Tapi bile dah berlalu aku terfikirkan kau. Aku teringat balik last chat kite sbelum aku prgi sna. Aku tengok kau sedih sangat mcam lemah semangat.”
Dia hulurkan hadiah itu kepada aku.
“A….. ape ni… takperlulah susah2. Aku gurau je chat tu.”
“niat aku belikan ni supaya kau terus bersemangat dalam menuntut ilmu. :)”

Aku pandang hadiah dia… aku menangis…
Wahai teman di sana.. maafkan aku sebab tak istiqamah bersungguh2 dalam menuntut ilmu. Aku perlukan kau sekarang. Aku perlukan nasihat2 atau2 kata2 positif kau teman. *merintih….
Kau faham aku…. L. Our last meeting masa bulan November. Masa tu kite segan nak borak sebab akak kau ade. Tapi aku suka masa tu. Kite bertiga macam luah perasaan ttg mnuntut ilmu. Aku sedih / pertikaikan result aku. Akak kau peluk aku n suruh aku sabar mybe ada hikmahnya. Kau pun bisikkan kata smangat. Ya allah. Jauhnya aku terpesong sekarang ni…
Mungkin hikmah kehadiran senior tu untuk mengusir kekecewaan yg sedang bersarang di hati. Tapi silap aku… aku tak jaga batas. Allah3. Memang lah aku tidak berjumpa dengan senior tu. Tp bercakap di telefon tu…. Haih… nak giler2 ade mcam2 cara. Bukan lagho2 weh………

Natijah buat ku. Aku langgar prinsip aku iaitu berurusan dengan lelaki apabila ada urusan. Tengok sekali tergadah tak merana kau? Memang la aku pernah otp dengan lelaki tapi tak pernah waktu tengah malam! Macam mana aku tak cepat terperasan kalau dia tu kadang2 mengada? Nyah semua itu. Kehadiran dia pun merupakan dugaan buatku(iman). Ternyata aku hampir tewas. Allahurabbi… aku hanya seorang wanita yang kaya dengan emosi. Bukankah itu memang fitrah wanita? Kena harus berwaspada selepas ini.
Duhai teman di sbp tu… sayu hati aku ni setiap kali balik daripada sekolah. Pandang depan rumah aku teringat saat2  kau dgn akak mu datang and berborak kat situ. Ceh. Baru 2 kali kau dtg. Keh3. Selama ni aku datang rumah kau tapi tak berjumpa dengan kau pun. Sejak dah berbeza taman ni baru kau datang rumah aku. J

Kalian adik-beradik mmg memahami aku. Layaann je kerenah manja aku ni. Ngee~ saat sdih begini mesejlah kakak angkat yg dikasihi atau kakak kpd teman di sbp tu.. tiba-tiba dia kol. Terus menangis tanpa sebab. Haihhh dah lama pendam rasa ini… akhirnya terlepas jua… hanya insan yang lemah berusaha menjadi yang lebih baik walaupun sudah banyak kali terjatuh.

"aku kuat dan sentiasa akan kuat"

No comments: